Apakah bezanya di antara ilmu pengasih dengan ilmu pemanis?
errr.....
Jawapan: Ilmu pengasih adalah ilmu yang digunakan untuk menjadikan seseorang individu atau masyarakat tertentu menjadi kasih, sayang, rindu, kasihan atau lemah hati apabila memandang, teringat atau menghidu bauan yang berkaitan dengan individu pengamal ilmu pengasih tersebut. Malah, boleh terbawa sehingga ke mimpi atau seumur hidup (terpulang kepada jenis amalan yang digunakan). Ilmu pengasih biasanya mempunyai subjek (individu atau masyarakat sasaran) untuk ditujukan ilmu tersebut. Secara umumnya, ilmu pengasih adalah untuk mewujudkan rasa kasih sayang rindu-rinduan terhadap orang yang mengamalkan ilmu pengasih tersebut di hati orang (atau masyarakat) yang ditujukan.
Sementara ilmu pemanis pula adalah ilmu yang digunakan untuk menjadikan diri pengamal itu sendiri nampak manis dan 'bercahaya' di mata masyarakat umum terutama apabila pengamalnya keluar rumah, pergi ke keramaian-keramaian tertentu, temuduga dan seumpamanya. Malah, sangat sesuai diamalkan oleh individu-individu yang terkenal seperti penyanyi, artis, ahli politik, para usahawan (termasuk usahawan internet) dan sebagainya, kerana mereka adalah golongan yang mendapat perhatian umum. Ilmu pemanis biasanya tidak mempunyai subjek (individu atau masyarakat sasaran) untuk ditujukan ilmu tersebut. Hanya cukup diamalkan terhadap diri pengamal ilmu pemanis itu sendiri. Ilmu pesona diri adalah salah satu cabang ilmu pemanis ini. Secara umumnya, ilmu pemanis adalah untuk menjadikan diri pengamalnya nampak manis, ceria, berseri dan 'bercahaya' di wajah dan di tubuh badannya (disebut juga "aura").
Ilmu pengasih boleh menjadi ilmu pemanis (dalam keadaan tertentu) dan begitu juga sebaliknya. Namun, ilmu pengasih lebih 'berat' tujuannya kerana ia dalam bentuk "menumpu" berbanding dengan ilmu pemanis yang bersifat menyeluruh (tidak menumpu).
Perkongsian sahaja!!!
Brought to you by EmpayarKELMIE
Brought to you by EmpayarKELMIE
No comments:
Post a Comment